← ListBelanja

Dasar Privasi

Versi 1.25 · berkuat kuasa 7 November 2026 · Sejarah perubahan · Notis ini dibuat menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)

Ringkasan. Kami menyimpan resit, dokumen dan maklumat cukai yang anda masukkan, untuk satu tujuan: membantu anda, keluarga dan organisasi anda menyimpan rekod dan mengira cukai. Tiada iklan, tiada penjualan data, tiada penjejak. Anda boleh mengeksport atau memadam data anda bila-bila masa. Penyata gaji dan Borang EA/EC yang anda muat naik dibaca dalam peranti anda bila boleh, dan fail anda hanya boleh dilihat dan digunakan oleh anda — lihat Penyata gaji, Borang EA/EC & fail dokumen anda.

1. Data yang kami kumpul

JenisContohKenapa
AkaunE-mel, nama paparan, kata laluan (disimpan sebagai cincangan)Log masuk dan mengenal pasti anda dalam kumpulan
Resit & dokumenGambar resit, bil, penyata, borang EA, teks yang dibaca AIRekod perbelanjaan dan bukti pelepasan cukai
Kewangan & data cukaiData cukai yang anda isi: gaji & Borang EA (nama & nombor majikan, saraan, PCB, KWSP, PERKESO, zakat potongan gaji) dan salinan fail Borang EA yang diimbas; status keluarga (berkahwin, pasangan berpendapatan atau tidak), bilangan anak mengikut kategori, status OKU diri, pasangan & anak; pelepasan tanpa resit, zakat & derma, pendapatan & bayaran lain; komitmen bulanan, pendapatan sampinganAnggaran cukai, e-Filing BE / Borang B dan bajet — semuanya pilihan. Status OKU ialah data peribadi sensitif (berkaitan kesihatan): ia disimpan hanya jika anda sendiri menandakannya, semata-mata untuk mengira pelepasan OKU
Penyata gaji & Borang EA/EC (pilihan)Angka penyata gaji bulanan yang anda sahkan: bulan, nama majikan, pendapatan kasar, potongan, gaji bersih, pendapatan bercukai, serta nama & amaun setiap baris pendapatan dan potongan (cth. elaun, KWSP, PERKESO, PCB, zakat, pinjaman); angka Borang EA/EC; salinan fail hanya jika anda memilih untuk menyimpannyaAnalisis gaji, bajet bulanan, tarikh gaji dan anggaran cukai — lihat Penyata gaji, Borang EA/EC & fail dokumen anda
Telegram (pilihan)Pengenal sembang & nama paparan Telegram yang anda sambungkan bagi setiap kumpulan; gambar atau PDF resit yang anda hantar kepada bot; resit yang menunggu pilihan kumpulan (rujukan fail & kapsyen)Memasukkan resit yang anda hantar melalui Telegram ke kumpulan yang betul
Notifikasi (pilihan)Langganan notifikasi telefon setiap peranti (alamat push yang diberi pelayar, jenis pelayar, bahasa); peti keluar notifikasi aktiviti — jenis peristiwa dan ringkasan pendek seperti nama kedai atau jumlah, tanpa gambarMenghantar peringatan tarikh akhir dan notifikasi aktiviti masa nyata yang anda hidupkan
Kumpulan & ruangNama & jenis kumpulan, ahli, peranan, jawatan (cth. Bendahari) dan kebenaran; ruang yang anda sertai atau cipta dengan akaun yang sama; profil organisasi (pilihan: no. pendaftaran, TIN, SST, alamat)Perkongsian yang terkawal antara ahli, satu akaun untuk keluarga, syarikat, persatuan & klien, dan kepala pada borang & penyata yang dicetak
Wang, akaun & rancangan (pilihan)Akaun wang yang anda cipta (nama, jenis, mata wang, baki pembukaan, had kredit, hari penyata — bukan nombor akaun bank atau kad), pindahan antara akaun, matlamat simpanan, pinjaman & BNPL, hutang kawan (nama orang sahaja), langganan & bil, butiran kenderaan dan maklumat yang anda isi untuk anggaran bantuanBaki, bajet, kalendar wang dan perancangan — lihat Wang, akaun & rancangan
Perniagaan (pilihan)Sumber pendapatan, invois, sebut harga & nota kredit, pelanggan, produk & stok, aset; kelayakan MyInvois anda (disimpan tersulit)Borang B, invois, e-Invois dan laporan perniagaan — lihat Perniagaan & e-Invois
Peranti & sambungan (pilihan)Pengenal kelayakan kunci peranti; token Pintasan telefon, sambungan pembantu AI anda sendiri dan pautan kalendar peribadi (disimpan sebagai cincangan) serta log akses sambunganMengunci app pada peranti anda, menghantar catatan dari pintasan, dan membenarkan pembantu AI pilihan anda membaca data anda — lihat Peranti, sambungan & mod cuba
TeknikalAlamat IP (untuk had kadar sahaja, tidak disimpan kekal), jenis pelayar, cap masaKeselamatan dan pencegahan penyalahgunaan

Kami tidak meminta nombor kad pengenalan atau nombor akaun bank, dan menasihatkan anda tidak menaipnya ke dalam nota resit. Nombor cukai (TIN) hanya disimpan jika anda sendiri mengisinya — untuk butiran pembeli e-Invois anda atau profil organisasi (pilihan). Bila anda memuat naik penyata gaji atau Borang EA/EC, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, nombor KWSP/PERKESO, nombor gaji atau kakitangan dan nombor cukai (TIN) yang tercetak padanya tidak disimpan.

2. Bagaimana AI digunakan

Gambar resit dihantar kepada perkhidmatan model bahasa (AI) pihak ketiga untuk dibaca. Bacaan itu dipulangkan kepada anda sebagai cadangan. Setiap bacaan dicatat sebagai satu unit kuota akaun anda; kandungan resit tidak disimpan oleh kami di luar akaun anda.

Peringkat perkhidmatan pembekal AI. Buat masa ini ListBelanja menggunakan peringkat percuma pembekal AI itu. Di bawah terma pembekal untuk peringkat percuma, kandungan yang dihantar dan jawapan yang dijana boleh digunakan oleh pembekal untuk menyediakan, menambah baik dan membangunkan produk serta teknologi pembelajaran mesinnya, dan boleh dibaca oleh penilai manusia (selepas diputuskan daripada akaun kami). Pada peringkat berbayar, pembekal tidak menggunakan kandungan itu untuk menambah baik produknya. Jika kami beralih ke peringkat berbayar, perubahan itu diumumkan melalui kemas kini dasar ini. Jika anda tidak mahu sesuatu resit (contohnya resit perubatan) dihantar kepada AI, masukkan resit itu secara manual — kemasukan manual tidak menghantar apa-apa kepada AI.

Pembaca AI sandaran. Bila model utama tidak tersedia atau kapasiti percuma hari itu penuh, resit atau dokumen anda boleh dibaca oleh model lain daripada pembekal AI yang sama (di bawah peringkat dan terma yang sama, di atas), atau oleh pembaca AI yang dikendalikan rangkaian penyampaian awan kami (bahagian 4). Di bawah terma pembekal rangkaian itu, kandungan yang dibaca tidak digunakan untuk melatih model AI dan tidak disimpan selepas jawapan dihantar.

Kandungan dokumen ialah data, bukan arahan. App mengarahkan setiap pembaca AI supaya menganggap kandungan resit dan dokumen sebagai data sahaja dan tidak mengikut arahan yang tertulis di dalamnya; setiap bacaan tetap dipaparkan kepada anda untuk disemak sebelum disimpan. Bila dokumen gaji atau cukai dihantar sebagai teks, nombor pengenal peribadi disembunyikan dahulu — lihat Penyata gaji, Borang EA/EC & fail dokumen anda.

Pembantu soalan cukai ("Tanya ListBelanja"): apabila anda bertanya, soalan anda dan ringkasan angka rekod akaun anda (pelepasan yang digunakan dan baki had, anggaran cukai — tanpa gambar resit, nama atau e-mel) dihantar kepada perkhidmatan AI yang sama di bawah peringkat perkhidmatan yang sama (lihat di atas). Kami menyimpan hanya bilangan soalan sebulan (untuk kuota) serta model dan token yang digunakan — bukan teks soalan atau jawapan.

Pembantu AI anda sendiri (sambungan peribadi). Jika anda menyambungkan pembantu AI pilihan anda (cth. app sembang atau alat pengaturcaraan) kepada akaun anda, anda meluluskannya sendiri pada skrin persetujuan dalam app. Ia hanya mendapat akses baca sahaja kepada skop yang anda pilih — ringkasan rekod, tiada fail atau gambar; token aksesnya disimpan sebagai cincangan, setiap akses dilog untuk paparan anda, dan anda boleh membatalkannya bila-bila masa. Data yang dibaca oleh pembantu itu kemudian diproses oleh penyedia pembantu pilihan anda di bawah terma mereka — bukan oleh pembekal AI ListBelanja.

Pembantu AI dengan identiti web. untuk menyemak pembantu yang meminta akses, ListBelanja mengambil maklumat awam pembantu itu (nama & alamat kembali) daripada laman webnya dan menyimpannya paling lama sehari; tiada data anda dihantar kepada laman itu.

Resit melalui e-mel. E-mel yang anda forward ke alamat resit anda diterima oleh pembekal perkhidmatan e-mel kami (Amerika Syarikat) bagi pihak kami. Kami menyimpan lampiran atau teks resit itu sehingga anda memprosesnya; yang belum diproses dipadam selepas 30 hari. E-mel daripada pengirim yang bukan ahli kumpulan ditolak dan kandungannya tidak disimpan — hanya sebab penolakan. AI hanya membaca resit selepas anda menekan Proses. Setiap kiriman (e-mel atau Telegram) direkod bersama pengirimnya: ahli melihat kirimannya sendiri, admin melihat semua kiriman kumpulan.

Sejarah perubahan rekod. Bila resit, belanja, wang masuk, akaun, pindahan, rancangan wang, penyata gaji, pantri, senarai beli atau rekod perniagaan diubah atau dipadam, kami menyimpan siapa membuat perubahan itu (atau “Automatik” bagi proses app sendiri), bila, dan nilai lama → baharu bagi butiran yang berubah sahaja; bagi rekod yang dipadam, petikan terakhirnya. Teks bacaan AI, fail, kelayakan MyInvois dan butiran teknikal tidak disimpan. Sejarah hanya boleh dilihat oleh sesiapa yang boleh melihat rekod itu sendiri (kebenaran yang sama — termasuk juruaudit bagi rekod yang dibenarkan untuknya), dimasukkan dalam “Muat turun data saya”, tidak disalin ke sandaran harian, dan dipadam sendiri selepas tempoh yang dinyatakan dalam Data saya — lebih awal bila kumpulan ditutup atau pemilik rekod memadam akaunnya. Bila akaun seseorang dipadam, namanya dikosongkan daripada sejarah rekod orang lain.

Resit melalui Telegram. Bila anda menyambung Telegram dengan kod daripada app, kami menyimpan pengenal sembang dan nama paparan Telegram anda bersama akaun anda bagi setiap kumpulan yang anda sambungkan. Gambar atau PDF yang anda hantar kepada bot dimuat turun daripada Telegram ke peti resit kumpulan itu dan diproses seperti resit melalui e-mel. Jika Telegram anda disambung ke beberapa kumpulan, bot memaparkan nama kumpulan anda sendiri pada butang pilihan, dan resit yang menunggu pilihan anda disimpan seketika, kemudian dipadam sendiri jika tidak dijawab. Selain itu bot hanya menghantar balasan ringkas ke Telegram. Putuskan sambungan bila-bila masa dalam app atau dengan /putus; fail yang sudah diterima kekal dalam rekod anda.

Pusat Tangkap, catatan pantas & amaran bank. Catatan pantas (teks atau suara, cth. "nasi lemak 5") disimpan sebagai belanja yang menunggu semakan anda. Jika anda memajukan e-mel amaran transaksi bank atau e-dompet ke alamat resit anda, app hanya mengambil amaun, nama peniaga dan tarikh untuk dijadikan catatan "Perlu semak"; kod OTP/TAC dibuang, dan nombor akaun atau kad penuh serta kata laluan tidak pernah disimpan. Pintasan telefon menghantar teks catatan menggunakan token peranti rawak yang disimpan sebagai cincangan dan boleh dibatalkan bila-bila masa dalam app. Di iPhone, automasi Pintasan (iOS 27) yang anda bina sendiri boleh menghantar teks notifikasi app bank dan e-dompet yang anda pilih dengan token yang sama — ia melalui laluan yang sama seperti app Android (amaun, nama peniaga dan tarikh sahaja; kod OTP/TAC dibuang dan tidak pernah disimpan); gambar atau PDF resit yang dihantar Pintasan masuk ke peti resit anda seperti lampiran e-mel. ListBelanja tidak membaca senarai app di telefon anda; anda memilih app dalam automasi itu dan boleh memadamnya atau membatalkan token bila-bila masa.

Kategori dipelajari. bila catatan tiba melalui bot, e-mel amaran bank atau Pintasan, pelayan membaca nama dan kategori rekod anda sendiri yang sepadan (resit disahkan & belanja yang sudah disemak) untuk mencadangkan kategori — tiada data dikongsi dengan sesiapa.

Peraturan kategori. perkataan & pilihan kategori/pelepasan/projek yang anda tetapkan disimpan dalam tetapan akaun anda dan dipakai pada rekod anda sendiri (termasuk catatan daripada Telegram & e-mel amaran).

Notifikasi telefon. Bila anda menghidupkan notifikasi telefon, pelayar anda memberi alamat langganan push yang kami simpan bersama jenis pelayar dan bahasa anda. Setiap notifikasi dihantar sebagai ketukan kosong tanpa kandungan melalui perkhidmatan push pelayar; peranti anda kemudian mengambil teksnya terus daripada pelayan kami. Notifikasi aktiviti (cth. tuntutan diluluskan, resit baharu dalam peti kumpulan) disimpan dalam peti keluar ringkas supaya ia sampai ke setiap peranti anda, kemudian dipadam sendiri. Matikan bila-bila masa dalam Lagi → Peringatan dan notifikasi.

Perbandingan tanpa nama (pilihan). Jika anda memilih untuk menyertai “Orang seperti anda”, kami mengira — sekali sehari — agregat tanpa nama daripada jumlah tuntutan setiap pelepasan cukai anda (dihadkan pada had LHDN), dikumpul bersama peserta lain ikut borang dan kadar cukai. Tiada nama, resit, peniaga atau butiran lain digunakan; kumpulan kecil digabung atau tidak diterbitkan, pelepasan yang dituntut terlalu sedikit orang disembunyikan, dan angka dibundarkan. Agregat disimpan tanpa pengenal pengguna, tidak disalin ke sandaran harian dan dibuang sendiri selepas beberapa tahun taksiran. Anda boleh tarik diri bila-bila masa; data anda keluar daripada pengiraan seterusnya.

Rekod dengan suara. Bila anda menekan 🎤 dalam borang belanja tanpa resit, pertuturan anda ditukar kepada teks oleh pelayar anda sendiri — sesetengah pelayar menghantar audio itu kepada perkhidmatan pengecaman suara pembuat pelayar untuk ditukar. ListBelanja tidak menerima, merakam atau menyimpan audio; hanya teks yang anda semak dan simpan menjadi rekod belanja. Mikrofon hanya digunakan selepas anda menekan 🎤 dan membenarkannya, dan berhenti bila anda berhenti bercakap, menekan sekali lagi, menyimpan atau membatalkan borang.

Harga barang. Harga setiap barang, barang yang naik harga dan kedai paling murah dikira dalam peranti anda daripada item resit yang sudah disimpan untuk kumpulan yang anda boleh lihat. Tiada data baharu dikumpul dan tiada harga dihantar atau dikongsi ke mana-mana.

3. Siapa boleh melihat data anda

Kami tidak berkongsi data dengan pengiklan, broker data, atau LHDN — kecuali dokumen e-Invois yang anda sendiri hantar ke sistem MyInvois LHDN melalui app (lihat Perniagaan & e-Invois). Kami hanya mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang Malaysia, dan akan memaklumkan anda kecuali dilarang.

4. Di mana data disimpan

Data boleh dipindahkan dan diproses di luar Malaysia oleh pembekal ini. Pemindahan itu dibuat mengikut seksyen 129 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti dipinda): ia perlu untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta, anda bersetuju dengannya dengan menggunakan perkhidmatan, dan setiap pembekal terikat dengan terma perkhidmatan dan syarat keselamatannya (bagi pembekal AI pada peringkat percuma, lihat bahagian 2).

5. Keselamatan

6. Berapa lama kami simpan

Setiap tempoh di bawah dijalankan secara automatik oleh pembersihan harian app; tiada sesiapa menyemak akaun anda secara manual.

7. Hak anda di bawah PDPA (termasuk padam akaun)

8. Kuki

Kami hanya menggunakan satu kuki yang perlu: sesi log masuk anda. Tiada kuki penjejakan atau analitik pihak ketiga.

9. Kanak-kanak

Akaun dibuka oleh orang dewasa. Ahli di bawah 18 tahun hanya boleh dijemput oleh admin kumpulan yang bertanggungjawab terhadap mereka, dan datanya dikawal oleh admin itu.

10. Perubahan

Kami akan memaklumkan perubahan penting kepada dasar ini dalam aplikasi — kad di skrin Utama bersama ringkasan perubahan — sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berkuat kuasa. Setiap versi, termasuk perubahan kecil, direkod dalam Sejarah perubahan di bawah.

11. Hubungi kami

Soalan, aduan atau permintaan berkaitan data anda: Lagi → Bantuan & maklum balas dalam app — status dan balasan kami dipaparkan di situ. Pemadaman tidak memerlukan permintaan: Lagi → Data & pemulihan → Padam data saya berkuat kuasa serta-merta — butiran di Hak anda di bawah PDPA.

Penyata gaji, Borang EA/EC & fail dokumen anda

Ringkasnya. Fail yang anda muat naik hanya boleh dilihat dan digunakan oleh anda. Ia dibaca dalam peranti anda bila boleh; yang disimpan hanyalah angka yang anda sahkan. Salinan fail disimpan hanya jika anda memilihnya, dan boleh dipadam bila-bila masa.

Peti dokumen tersulit. fail & nota yang anda masukkan disulitkan dalam peranti anda dengan kunci daripada frasa laluan anda sebelum dimuat naik; kami hanya menyimpan bait tersulit dan tidak boleh membacanya. Frasa laluan & kod pemulihan tidak pernah dihantar kepada kami. Jenis dokumen, label pendek & tarikh luput disimpan tanpa disulitkan (dalam tetapan akaun anda) supaya peringatan berfungsi. Fail tersulit dipadam bila anda memadamnya atau memadam akaun.

Wang, akaun & rancangan

Suapan kalendar wang (pilihan). jika anda menghidupkan “Sertakan fasa STR & luput SARA”, tajuk dan tarikh fasa STR yang diumumkan serta tarikh luput baki SARA turut dihantar kepada app kalendar yang melanggan pautan peribadi anda — tiada amaun, tiada resit. Lalai mati dan boleh dimatikan bila-bila masa.

Elaun anak & duit raya. nama panggilan anak (tanpa nombor pengenalan atau tarikh lahir), elaun, tabung & rekod duit raya / ang pao disimpan dalam tetapan akaun anda sahaja — ahli lain kumpulan tidak melihatnya.

Buku kumpulan & komen. buku belanja berkumpulan menyimpan nama buku, ahli (pengguna app atau nama tetamu sahaja — tiada nombor telefon atau e-mel), belanja berkongsi, siapa membayar, bahagian setiap ahli, kadar mata wang dan penyelesaian; ia dilihat oleh admin dan ahli ruang itu sahaja (juruaudit tidak). Komen pada rekod dilihat oleh sesiapa yang boleh melihat rekod itu; @sebutan menghantar notifikasi tanpa teks komen. Bila anda memadam akaun, komen anda dipadam bersama, manakala nama anda dalam buku kekal sebagai baris bernama supaya baki ahli lain tidak berubah.

Bil yang diimbas & ringkasan mingguan. bila anda mengimbas atau menaip bil belum bayar, nama pembekal, amaun, tarikh akhir dan nombor akaun bil atau rujukan JomPAY yang tertera disimpan bersama langganan & bil dalam tetapan akaun anda, untuk peringatan dan bayaran — ini bukan nombor akaun bank atau kad. Ringkasan mingguan melalui e-mel atau notifikasi hanya dihantar jika anda menghidupkannya, dan dikira daripada rekod anda sendiri.

Perniagaan & e-Invois

Sijil digital MyInvois. jika anda memuatkan fail sijil digital (.p12/.pfx) untuk menandatangani e-Invois, fail dan kata laluannya dibuka dalam pelayar anda sahaja. Kunci peribadi tidak pernah dihantar ke pelayan kami dan tidak disimpan — ia kekal dalam memori sesi dan dibuang bila anda log keluar, skrin dikunci, halaman ditutup atau selepas tempoh tidak aktif. Kami menyimpan hanya maklumat awam sijil (nama pemilik, penerbit, nombor siri, tarikh sah dan cap jari) dalam tetapan anda untuk paparan dan peringatan tarikh luput; anda boleh memadamnya bila-bila masa (“Lupakan maklumat sijil”). Dokumen yang ditandatangani dihantar ke MyInvois hanya apabila anda memilih untuk menghantarnya, dengan kelayakan MyInvois anda sendiri.

Laporan keadaan sewa. nama penyewa, keadaan bilik & item, nota, bacaan meter, gambar & nama pengesahan yang anda rekod disimpan dalam tetapan akaun anda & storan dokumen anda; anda bertanggungjawab memaklumkan penyewa bahawa laporan & gambar ini disimpan.

Wang runcit, perjalanan, pekerja & pelanggan. wang runcit, baucar, pra-kelulusan perjalanan dan pendahuluan menyimpan tajuk, amaun, tarikh, penerima, projek, resit yang dipaut dan siapa menyemak, meluluskan atau merekod bayaran; ia dilihat oleh pemohon, penyemak, pelulus dan pembayar tuntutan ruang itu, admin, dan juruaudit (baca sahaja). Gaji & cuti pekerja (nama, jawatan, bulan lahir dan mula kerja, gaji, elaun, status perkahwinan, bilangan anak, cuti — tanpa nombor kad pengenalan), penyata akaun pelanggan, tahap harga, medan tersuai dan butiran pembekal e-Invois kendiri disimpan dalam tetapan akaun anda; nombor MyKad pembekal tidak disimpan.

Fail PDF, penyata bank & fail yang tidak lagi dirujuk. Fail PDF invois dan resit pelanggan dijana dalam peranti anda dan hanya meninggalkan peranti bila anda sendiri berkongsi atau menghantarnya — kami tidak menghantar e-mel kepada pelanggan anda. Penyata bank yang diimport untuk wang masuk organisasi dibaca dalam peranti; hanya baris kredit yang anda pilih disimpan sebagai rekod wang masuk, dan nombor akaun atau kad yang panjang dalam keterangan disamarkan sebelum disimpan. Fail lampiran rekod perniagaan yang tidak lagi dirujuk oleh mana-mana rekod dipadam oleh pembersihan harian automatik selepas tempoh selamat yang sama dengan tempoh sandaran.

Peranti, sambungan & mod cuba

Log perjalanan GPS. lokasi dibaca hanya selepas anda menekan Mula & hanya semasa app dibuka; koordinat kekal dalam memori peranti dan dibuang bila perjalanan tamat — hanya jumlah km yang anda simpan sebagai tuntutan perbatuan.

Gambar profil & pengesahan dua langkah (pilihan). gambar profil dipotong dan dikecilkan dalam peranti anda, kemudian disimpan dalam tetapan akaun. Jika anda menghidupkan pengesahan dua langkah, rahsia apl pengesah disimpan dan disahkan oleh perkhidmatan log masuk kami; kami hanya menyimpan cincangan bergaram bagi kod pemulihan sekali guna — kod itu tidak boleh dibaca semula, tidak disalin ke sandaran harian dan dipadam bersama akaun anda.

App Android ListBelanja (pilihan). App Android ListBelanja memaparkan laman ini di dalamnya melalui enjin pelayar telefon anda (pelayar lalai yang menyokong paparan laman dipercayai): Dasar Privasi ini terpakai sepenuhnya, log masuk dan storan laman dikongsi dengan pelayar itu, dan tiada data tambahan dikumpul oleh app. Kemas kini app dimuat turun daripada listbelanja.com sahaja dan cap jarinya disahkan sebelum dipasang. Untuk mencadangkan app bank dan e-dompet, app menyemak nama pakej app yang terpasang berbanding senarai yang disertakan di dalam telefon sahaja — senarai app anda tidak pernah dihantar. Tangkapan notifikasi adalah pilihan dan mati sehingga anda menghidupkannya: jika anda memberinya akses pemberitahuan, ia membaca notifikasi daripada app bank dan e-dompet yang anda tanda sahaja, dalam telefon anda. Notifikasi yang mengandungi kod OTP/TAC tidak pernah dihantar; nombor kad dan akaun yang panjang ditopeng sebelum dihantar; hanya nama app, tajuk dan teks notifikasi transaksi dihantar ke akaun ListBelanja anda melalui token peranti yang boleh dibatal. Pelayan tidak merekod promosi, had, baki atau tambah nilai. App tidak meminta kebenaran SMS, kenalan atau lokasi, dan token tidak disalin ke sandaran awan telefon.

E-mel kepada sokongan

Bila anda menghantar e-mel ke sokongan@listbelanja.com, kami menyimpan alamat e-mel, nama paparan, subjek, mesej dan lampiran anda dalam peti sokongan kami supaya kami boleh membalas dan merujuk perbualan itu. E-mel ini tidak dipautkan secara automatik kepada akaun app anda. E-mel yang ditanda sampah dipadam sendiri; perbualan lain disimpan sehingga anda meminta ia dipadam — balas e-mel itu atau hubungi kami (bahagian 7).

Pemprosesan pembayaran

Bayaran langganan diproses oleh pemproses pembayaran berlesen (pematuhan PCI DSS). ListBelanja menerima daripada pemproses itu hanya maklumat yang diperlukan untuk mengurus langganan anda (pengenal pelanggan, status langganan, jumlah dan tarikh bayaran, serta empat digit terakhir kad jika dipaparkan oleh pemproses). Nombor kad penuh dan kod CVC tidak pernah dihantar kepada atau disimpan oleh ListBelanja. Rekod bayaran disimpan sekurang-kurangnya sepanjang tempoh simpan rekod LHDN (kini 7 tahun) untuk keperluan perakaunan dan cukai; rekod teknikal acara pembayaran dipadam selepas 12 bulan.

Maklum balas

Apabila anda menghantar maklum balas dalam app, kami menyimpan mesej anda, jenisnya, dan maklumat teknikal (skrin semasa, bahasa, jenis peranti dan pelayar, sama ada app dipasang). Tiada kandungan resit dilampirkan. E-mel anda disimpan bersama laporan hanya jika anda menanda "benarkan pemilik menghubungi saya". Maklum balas digunakan untuk membaiki perkhidmatan, dipadam serta-merta jika anda memadam akaun, dan dipadam kekal 24 bulan selepas ia selesai atau ditutup.

Penilaian ListBelanja

Anda boleh menilai ListBelanja (1 hingga 5 bintang, komen pilihan) dalam Tetapan. Kami menyimpan bintang, komen, bahasa dan tarikh bersama akaun anda — satu penilaian setiap pengguna, boleh diubah atau dibuang pada bila-bila masa. Purata semua penilaian dan bilangannya dipaparkan di halaman awam ListBelanja dan dalam data berstruktur untuk enjin carian (sebagai penilaian pengguna sebenar, tanpa nama). Komen anda dipaparkan secara awam hanya jika anda menanda "benarkan komen saya dipaparkan" — dengan nama pertama anda sahaja, dan komen yang mengandungi e-mel, nombor telefon atau pautan ditolak. Pemilik platform boleh menyembunyikan komen awam yang menyalahgunakan ciri ini (spam, pautan, kandungan menyinggung) atau memadam penilaian daripada akaun palsu — teks anda tidak pernah disunting, dan setiap tindakan itu direkod. Penilaian dipadam serta-merta bersama akaun anda.

Pasar & dapur

Lokasi. Bila anda menekan "Guna lokasi saya", pelayar meminta kebenaran anda. Koordinat dibundar kepada 2 titik perpuluhan (kira-kira 1 km) dalam peranti anda sebelum disimpan dalam tetapan akaun anda atau dihantar untuk mencari kedai berhampiran — lokasi tepat anda tidak pernah disimpan atau dihantar. Anda boleh memilih negeri dan daerah sahaja tanpa lokasi. Alat harga di halaman awam tidak menyimpan lokasi langsung.

Amaran harga, laporan & pengesahan. Amaran harga menyimpan barang, harga sasaran atau peratus turun, lokasi yang dibundar dan jarak carian bersama akaun anda; pelayan menyemaknya selepas data harga dikemas kini dan menghantar notifikasi. Laporan harga atau promosi yang anda hantar (kedai, barang, harga, tarikh promosi, nota pilihan, dan resit anda jika dikongsi daripada resit) serta pengesahan anda disimpan bersama akaun untuk had harian dan mencegah penyalahgunaan; pengguna lain hanya melihat harga, kedai, tarikh, status dan bilangan pengesahan — tidak pernah nama anda, dan resit anda kekal peribadi. Amaran, laporan dan pengesahan dipadam bersama akaun anda.

Imbas tanda harga & risalah. Bila anda mengimbas tanda harga rak atau risalah promosi untuk mengisi laporan, gambar itu dihantar terus kepada pembaca AI yang sama seperti imbasan resit untuk dibaca sahaja (nama barang, saiz, harga, harga biasa, tarikh tamat promosi dan nama kedai jika tertera) — gambar tidak disimpan oleh kami. Hasil bacaan hanya mengisi borang dalam peranti anda; tiada apa-apa dihantar sebagai laporan sehingga anda menyemaknya dan menekan "Hantar laporan". Setiap imbasan dikira dalam kuota imbasan AI kumpulan anda.

Pantri, menu & pilihan diet. Pantri dan menu mingguan ialah data kumpulan seperti senarai beli (ahli dengan kebenaran yang sama melihat dan mengubahnya) dan dipakai untuk peringatan barang hampir luput; ia dipadam mengikut peraturan kumpulan. Pilihan diet (jika dipilih) disimpan dalam tetapan anda dan hanya dipakai untuk menu dan cadangan barang ganti.

Kad ahli kedai. Nama kedai dan nombor kad ahli yang anda simpan digunakan untuk memaparkan kod bar kad itu di kaunter; kod bar dilukis dalam peranti anda dan tiada apa-apa dihantar kepada kedai. Nombor kad bayaran (kad debit/kredit) ditolak dan tidak disimpan. Kad dipadam bila anda membuangnya atau memadam akaun. Tanda harga yang anda imbas untuk menyemak caj resit (barang, harga, kedai dan tarikh) disimpan dalam tetapan akaun anda untuk tempoh singkat supaya app boleh membandingkannya dengan resit anda.

Kod bar & data rujukan. Gambar kod bar dibaca dalam peranti anda. Bila anda mencari kod bar, hanya nombornya dihantar oleh pelayan kami kepada pangkalan data produk terbuka Open Food Facts — tiada maklumat akaun atau lokasi anda — dan nama produk disimpan untuk carian seterusnya. Harga barang ialah data terbuka KPDN PriceCatcher (OpenDOSM); lokasi kedai dianggarkan daripada poskod (GeoNames) dan nama/alamat kedai melalui OpenStreetMap. Data rujukan ini tidak mengandungi data pengguna.

Senarai beli bernama & tugasan. Nama senarai, susunan, tanda lalai dan arkib disimpan bersama kumpulan anda dan dilihat oleh admin serta ahli kumpulan (bukan juruaudit). Bila barang diserahkan kepada ahli, nama kedai dan ahli itu disimpan pada barang. Bila ahli memadam akaun, senarai yang diciptanya diserahkan kepada admin kumpulan; memadam senarai memindahkan barangnya ke Senarai utama.

Sisa makanan. Setiap log sisa menyimpan nama makanan, kuantiti, sebab, nilai anggaran berserta sumbernya, tarikh, nota pilihan dan pautan kepada barang pantri atau resit, bersama kumpulan anda; admin dan ahli kumpulan boleh melihatnya, juruaudit tidak. Nilai dikira dalam peranti anda daripada resit anda dan data harga pasaran yang sudah dimuat — tiada data dihantar kepada pihak lain. Log dipadam bersama akaun atau kumpulan, atau bila anda memadamnya.

Kedai saya, menu & resepi. Kedai yang anda ikuti (kod dan nama kedai, hingga sepuluh), tetapan menu (bajet, bilangan orang, hidangan, masakan) dan Resepi saya (tajuk dan bahan sahaja — langkah tidak disimpan, hingga dua puluh) disimpan dalam tetapan akaun anda. Ringkasan mingguan Kedai saya menggunakan kod kedai tersebut untuk membaca harga awam KPDN; ia dihantar melalui e-mel atau notifikasi mengikut tetapan Peringatan anda. Menu yang disimpan ke Rancang makan dilihat oleh kumpulan anda. Teks resepi yang ditampal dihurai dalam peranti dan tidak dihantar kepada AI.

Kod bar & kad harga. Imbasan kod bar menghantar nombor kod bar sahaja (tanpa identiti anda) kepada pangkalan data produk terbuka; butiran produk disimpan dalam cache bersama. ListBelanja tidak menentukan status halal — pautan ke portal rasmi sahaja. Kad harga bercarta dilukis dalam peranti anda daripada harga awam, tanpa lokasi, kedai atau resit.

Hala tuju & cadangan ciri

Bila anda mencadangkan ciri, teks cadangan anda dan bahasanya disimpan bersama akaun anda. Pembaca AI latar (pembekal AI yang sama seperti imbasan) menyemaknya — spam, aduan atau pendua — dan menulis tajuk serta huraian ringkas dalam 3 bahasa; hanya tajuk, huraian, status dan bilangan undi dipaparkan dalam app dan di halaman awam Hala tuju — tidak pernah nama anda atau teks asal anda. Undi anda disimpan (satu setiap cadangan) untuk mengira jumlah dan memaklumkan anda bila cadangan itu dibina; senarai pengundi tidak pernah dipaparkan. Anda boleh menarik balik undi bila-bila masa. Bila akaun dipadam, undi anda dipadam dan cadangan anda kekal tanpa nama.

Laporan ralat automatik

Jika app menghadapi ralat teknikal, ia menghantar laporan tanpa pengenalan kepada kami: mesej ralat, skrin yang dibuka, versi app, bahasa, jenis pelayar dan sistem, sama ada dalam talian dan sama ada app dipasang. Tiada akaun, e-mel, kumpulan, alamat IP atau kandungan resit dalam laporan itu — ia tidak boleh dikaitkan dengan anda. Sebelum disimpan, pelayan turut membuang nombor pengenal, amaun, e-mel dan petikan teks daripada mesej ralat. Laporan dipadam selepas 30 hari.

Sandaran

Untuk melindungi data anda daripada kehilangan, salinan sandaran pangkalan data dibuat setiap hari (disimpan 14 hari dalam storan peribadi kami) dan setiap bulan (disulitkan, disimpan 90 hari). Kata laluan tidak pernah disandarkan. Data yang anda padam kekal dalam salinan sandaran lama sehingga tempoh simpanan itu tamat, kemudian hilang sepenuhnya; ia hanya digunakan untuk memulihkan perkhidmatan selepas kerosakan, tidak untuk tujuan lain.

Sejarah perubahan

Perubahan penting diumumkan dalam app sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berkuat kuasa. Perubahan kecil — ejaan, terjemahan, susunan atau penjelasan — direkod di sini sahaja.